YB Yusri Pungut Membawa Aduan Rakyat Jalan Rosak Dalam Lawatan Kerja Bersama Kontraktor
ADUN N.35 Sindumin, YB Tuan Yusri Pungut telah mengadakan lawatan kerja ke Syarikat Pembinaan Kekal Mewah Sdn Bhd dan Globinaco Sdn Bhd bagi membincangkan isu kerosakan jalan di kawasan Sindumin.
Dalam lawatan tersebut, beliau membangkitkan rungutan rakyat berkaitan keadaan jalan berlubang dan rosak yang memerlukan tindakan segera demi keselamatan serta keselesaan pengguna jalan raya.