SABAH PERLU PERKETAT KAWALAN KEMASUKAN BAGI MENCEGAH PENYALAHGUNAAN DASAR BEBAS VISA
Naib Presiden Parti Warisan merangkap ADUN Tanjung Aru, Datuk Junz Wong menggesa Kerajaan Negeri Sabah serta agensi penguat kuasa berkaitan supaya memperketat syarat kemasukan dan penguatkuasaan bagi menghalang penyalahgunaan dasar bebas visa oleh warga asing yang didakwa menjalankan aktiviti perniagaan dan perkhidmatan profesional secara haram di Sabah.