Loji Arang Batu Bukan Penyelesaian Jangka Panjang Untuk Masa Depan Tenaga Sabah
ADUN Tanjong Papat, Alex Thien Ching Qiang menegaskan bahawa Sabah tidak seharusnya bergantung kepada loji janakuasa berasaskan arang batu sebagai penyelesaian tenaga jangka panjang kerana ia membawa risiko besar terhadap ekonomi, keselamatan tenaga dan alam sekitar.
Beliau menggesa kerajaan memberi tumpuan kepada pembangunan tenaga mampan seperti hidro, solar dan tenaga gas yang lebih bersih serta selari dengan hala tuju ekonomi hijau masa depan Sabah.