SAMUEL WONG GESA PENDEDAHAN FORMULA PENGIRAAN DAN PELAN PENYELESAIAN HAK 40 PERATUS SABAH
ADUN N.21 Luyang, Samuel Wong menggesa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah mendedahkan kaedah pengiraan, garis masa serta pelan penyelesaian muktamad berhubung hak 40 peratus Sabah. Beliau menegaskan bahawa pembayaran interim RM1.5 bilion tidak boleh menggantikan keperluan terhadap ketelusan, pengiraan yang jelas dan penyelesaian jangka panjang yang adil.