CALVIN CHONG CADANG PEMBANGUNAN KORIDOR EKONOMI TENAGA PANTAI TIMUR SABAH
ADUN Elopura, Calvin Chong menggesa pelaksanaan reformasi besar bagi menangani pelbagai masalah asas dan pembangunan di Sabah dengan mencadangkan pembentukan Koridor Ekonomi Tenaga Pantai Timur Sabah yang memfokuskan pembangunan Sandakan, Lahad Datu dan Tawau sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi baharu negeri.