THAM YUN FOOK KECAM KERAS INSIDEN PELAJAR DIPUKUL BERAMAI-RAMAI, GESA LANGKAH TEGAS TANGANI BULI SEKOLAH
ADUN N19 Likas, Tham Yun Fook mengecam keras insiden seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun dipercayai dipukul oleh lima pelajar lain dan menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan langkah lebih tegas serta menyeluruh bagi membendung keganasan dan budaya buli di sekolah.