YUSRI PUNGUT PERSOAL HALANGAN BERTERUSAN TERHADAP PELAKSANAAN HAK 40 PERATUS SABAH
ADUN Sindumin, Yusri Pungut mempersoalkan mengapa hak perlembagaan Sabah terhadap 40 peratus hasil bersih Persekutuan masih berdepan pelbagai halangan walaupun pemimpin daripada pelbagai pihak secara terbuka mengakui hak tersebut wajar dilaksanakan. Beliau menegaskan rakyat Sabah mahukan tindakan dan pelaksanaan, bukan sekadar kenyataan serta janji politik yang berulang.