Rakyat Sabah Perlukan Penyelesaian Kurangkan Kos Elektrik, Bukan Beban Baharu — Samuel Wong
ADUN Luyang, Samuel Wong menggesa Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan kerajaan tampil dengan pelan konkrit bagi mengurangkan kos elektrik rakyat susulan kebimbangan terhadap peningkatan mendadak bil elektrik sejak April lalu.
Beliau berkata rakyat Sabah ketika ini bukan sahaja berdepan peningkatan kos sara hidup, malah masih perlu menanggung gangguan bekalan elektrik dan sistem bekalan yang tidak stabil di pelbagai kawasan.