TERKINI
LIANG DAN JUNZ WONG HADIR PROGRAM KORBAN DI MASJID AL KAUTHAR TANJUNG ARU
KOMUNITI 1 min baca 607 tontonan

LIANG DAN JUNZ WONG HADIR PROGRAM KORBAN DI MASJID AL KAUTHAR TANJUNG ARU

Ringkasan

Pemimpin Parti Warisan Sabah, Liang Loi Kok Liang bersama ADUN Tanjung Aru, Datuk Junz Wong menghadiri program ibadah korban di Masjid Al Kauthar Tanjung Aru sempena Hari Raya Aidiladha 1447H dalam suasana penuh semangat perpaduan dan kebersamaan masyarakat setempat.

Admin
Admin

KOTA KINABALU — Pemimpin Parti Warisan Sabah, Liang Loi Kok Liang bersama ADUN N22 Tanjung Aru, Datuk Junz Wong hadir menyaksikan ibadah korban yang dijalankan di Masjid Al Kauthar Tanjung Aru dalam suasana penuh semangat kebersamaan, keikhlasan dan pengorbanan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1447H.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Ahli Majlis Tertinggi Parti Warisan, KC Chen serta penduduk Kampung Tanjung Aru yang bergotong-royong menjayakan ibadah korban dan pengagihan daging kepada masyarakat setempat.

Dalam kenyataannya, Liang berkata sambutan Aidiladha bukan sahaja membawa makna pengorbanan dalam Islam, tetapi juga menjadi simbol perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di Sabah.

Beliau turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya serta berharap agar sambutan tahun ini membawa keberkatan, keamanan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara rakyat pelbagai latar belakang di negeri ini.
“Semoga sambutan Aidiladha tahun ini membawa keberkatan, keamanan dan mengeratkan lagi perpaduan antara masyarakat berbilang kaum dan agama.” katanya.

Jumpa kesilapan (terjemahan, makna atau ejaan)? Bantu kami dengan melaporkan.

Admin
Penulis

Admin

Admin Warisan Portal bertanggungjawab mengurus dan menerbitkan kenyataan media, artikel serta maklumat rasmi Parti Warisan kepada orang awam.

Artikel Berkaitan

Komen (0)

Jadilah yang pertama memberikan komen!

Sila log masuk untuk meninggalkan komen.

Log Masuk