Sumbangan khairat kematian telah disampaikan kepada waris Allahyarham Lesat bin Muhammad dan Allahyarham Gulam bin Juak di Kampung Silam Pangkalan. Menurut beliau, sumbangan itu disampaikan melalui wakilnya, iaitu Ketua Wanita dan Ketua Mukim Silam, sebagai tanda ingatan dan simpati kepada keluarga arwah.
Beliau turut menyampaikan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga, dan berharap roh kedua-dua Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Ujarnya, Al-Fatihah.