KENINGAU: Parti Warisan P.180 Keningau terus memperkukuhkan gerak kerja organisasi apabila Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian berlangsung dengan lancar dan penuh semangat perpaduan pada Sabtu.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pemangku Ketua Bahagian, Raymond Koh bersama barisan kepimpinan dan AJK bahagian yang hadir.
Pertemuan itu menjadi platform penting dalam memperkemaskan struktur organisasi parti di peringkat bahagian selain membincangkan pelbagai cadangan serta pandangan secara profesional demi memantapkan lagi gerak kerja Parti Warisan di kawasan P.180 Keningau.
Antara fokus utama yang dibincangkan termasuk persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), pengukuhan jentera parti, penyelarasan gerak kerja akar umbi serta usaha memperkasakan perjuangan parti demi rakyat dan masa depan Sabah.
Dalam masa sama, semangat kerjasama, komitmen dan kesatuan yang ditunjukkan oleh seluruh kepimpinan bahagian membuktikan Parti Warisan P.180 Keningau terus bergerak ke hadapan secara tersusun, matang dan bersedia menghadapi cabaran politik akan datang.
Parti Warisan P.180 Keningau turut menegaskan komitmen mereka untuk terus bersama rakyat dalam memperjuangkan hak, pembangunan serta masa depan Sabah yang lebih baik.