LAHAD DATU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama, Muhammad Abdul Karim hari ini turun padang bagi melihat sendiri proses penyaluran bekalan air bersih kepada penduduk Pangsapuri Mutiara Kasih yang terkesan akibat gangguan bekalan air.
Menurut beliau, sebanyak 40,000 liter bekalan air bersih mula disalurkan sekitar jam 10 pagi bagi membantu memastikan keperluan harian penduduk terus mencukupi sepanjang tempoh gangguan berlaku.
Beliau berharap bekalan air tersebut dapat membantu mengurangkan kesukaran yang dihadapi penduduk selain memastikan keadaan kekeringan tangki tidak terus berlarutan.
Katanya lagi, pihak beliau akan terus memantau keadaan semasa dan berusaha membantu penduduk yang terkesan dari semasa ke semasa.
Yang Berhormat Muhammad Abdul Karim turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penyaluran bantuan bekalan air tersebut.