TERKINI
YB Segama Pantau Penyaluran 40,000 Liter Bekalan Air Bersih Kepada Penghuni Pangsapuri Mutiara Kasih
Aduan Rakyat 1 min baca 188 tontonan

YB Segama Pantau Penyaluran 40,000 Liter Bekalan Air Bersih Kepada Penghuni Pangsapuri Mutiara Kasih

Ringkasan

ADUN Segama, Muhammad Abdul Karim turun padang memantau sendiri proses penyaluran bekalan air bersih sebanyak 40,000 liter kepada penghuni Pangsapuri Mutiara Kasih susulan gangguan bekalan air yang menjejaskan penduduk kawasan tersebut.

Admin
Admin

LAHAD DATU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama, Muhammad Abdul Karim hari ini turun padang bagi melihat sendiri proses penyaluran bekalan air bersih kepada penduduk Pangsapuri Mutiara Kasih yang terkesan akibat gangguan bekalan air.

Menurut beliau, sebanyak 40,000 liter bekalan air bersih mula disalurkan sekitar jam 10 pagi bagi membantu memastikan keperluan harian penduduk terus mencukupi sepanjang tempoh gangguan berlaku.

Beliau berharap bekalan air tersebut dapat membantu mengurangkan kesukaran yang dihadapi penduduk selain memastikan keadaan kekeringan tangki tidak terus berlarutan.

Katanya lagi, pihak beliau akan terus memantau keadaan semasa dan berusaha membantu penduduk yang terkesan dari semasa ke semasa.

Yang Berhormat Muhammad Abdul Karim turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penyaluran bantuan bekalan air tersebut.

Jumpa kesilapan (terjemahan, makna atau ejaan)? Bantu kami dengan melaporkan.

Admin
Penulis

Admin

Admin Warisan Portal bertanggungjawab mengurus dan menerbitkan kenyataan media, artikel serta maklumat rasmi Parti Warisan kepada orang awam.

Artikel Berkaitan

Komen (0)

Jadilah yang pertama memberikan komen!

Sila log masuk untuk meninggalkan komen.

Log Masuk