TERKINI
CHRISTOHPER MASUDAL: PANTAU ISU BEKALAN BERAS PUTIH TEMPATAN DI SABAH
Ekonomi 3 min baca 182 tontonan

CHRISTOHPER MASUDAL: PANTAU ISU BEKALAN BERAS PUTIH TEMPATAN DI SABAH

Ringkasan

Krisis bekalan beras putih tempatan di Sabah semakin meruncing, dengan kedai-kedai runcit kehabisan stok, mendesak tindakan segera dari menteri.

Baca dalam:
Admin
Admin
Salin URL mengikut bahasa


KENYATAAN MEDIA: 24 MAC 2026 - PANTAU ISU BEKALAN BERAS PUTIH TEMPATAN DI
SABAH


Semalam saya
telah menerima aduan daripada penduduk di daerah Penampang berhubung
dengan isu kehabisan beras putih tempatan yang lazimnya dijual pada
harga sekitar RM13.50 hingga RM15 bagi pek 5kg di kedai-kedai runcit.


Aduan ini
sebenarnya sama dengan isu bekalan beras putih tempatan dan import
yang terjadi minggu lalu dibeberapa daerah di negeri ini seperi
Keningau dan Tenom. Tetapi menurut rakan-rakan disana dan setakat
hari ini, Bernas telahpun menghantar bekalan beras putih tempatan ke
sana manakala beras putih import masih belum dihantar.


Hasil tinjauan
saya di Penampang hari ini, Selasa 24 Mac 2026, mendapati bahawa
hampir kesemua kedai jenis 'sole proprietorship' di kawasan Bandar
Donggongon — termasuklah rangkaian kedai seperti 99 Speedmart —
telah kehabisan stok beras putih tempatan dan import ini.


Sekiranya beras
putih tempatan dan import ini tidak lagi mudah didapati di
kedai-kedai runcit biasa di kawasan perdagangan utama seperti Bandar
Donggongon, maka ini jelas menunjukkan bahawa kita sedang berdepan
dengan krisis bekalan yang serius untuk beras jenis ini.


Oleh yang
demikian, saya menggesa Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,
Jamawi Jaafar, untuk memastikan bekalan beras putih tempatan dan
import di daerah Penampang dan juga didaerah-daerah lain di Sabah
dipulihkan dengan kadar segera. Rakyat Sabah tidak memerlukan
kenyataan umum seperti “tiada masalah bekalan”, “perkara sedang
disiasat” atau “stok mencukupi untuk beberapa bulan”. Kenyataan
sebegini tidak akan menyelesaikan realiti kekurangan bekalan yang
sedang dihadapi rakyat Sabah.


Dalam masa yang
sama, saya juga menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos
Sara Hidup (KPDN) untuk menjalankan pemantauan berterusan ke atas
semua premis perniagaan yang menjual beras putih tempatan dan import
di semua daerah di Sabah, termasuklah kedai-kedai runcit milik warga
Pakistan, agar tiada pihak yang mengambil kesempatan dengan menyorok
bekalan dan seterusnya menjual beras putih tempatan dan import harga
secara tidak munasabah dalam situasi kekurangan bekalan.


Pemantauan
keatas pengilang dan pembekal juga perlu dibuat untuk mengelakkan
kegiatan mencampurkan beras putih tempatan dengan beras putih import.


Saya tidak dapat
berbuat apa-apa jika wakil-wakil rakyat daripada Kerajaan Campuran
GRS memilih untuk berdiam diri jika rakyat Sabah dikawasan
masing-masing akan dieksploitasi dari sudut ekonomi jika krisis
bekalan beras putih tempatan dan import ini berpanjangan. Namun,
Warisan akan terus bersuara mengenai perkara ini agar tiada pihak
yang akan mengambil kesempatan keatas rakyat Sabah dikala negeri ini
menghadapi krisis.


Dan akhir
sekali, dengan keadaan cuaca panas yang semakin dirasai di seluruh
negara serta kebarangkalian tinggi berlakunya fenomena El Niño yang
memberi kesan kepada negara pengeksport beras seperti India, Vietnam
dan Thailand, saya sekali lagi mengulangi gesaan saya kepada Menteri
Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Mustapha Sakmud, agar bersedia dengan
hujahnya di Kabinet Persekutuan agar Sabah dibenarkan untuk
mengimport beras putihnya sendiri.


Jangan biarkan
Negeri Sabah terus bergantung dan dikawal oleh pihak luar melalui
keperluan asas seperti beras. Kebergantungan seperti inilah yang
menyebabkan negeri Sabah menjadi lemah pada hari ini.


Sekian.


Christopher Masudal
Pengarah Komunikasi Strategik
Parti Warisan

Rak beras kosong di 99 Speedmart Donggongon
Rak beras kosong di 99 Speedmart Donggongon
Hanya beras wangi tersedia di Donggongon
Hanya beras wangi tersedia di Donggongon
Pasar Raya Servay Hypermarket di Putatan hanya menjual beras wangi
Pasar Raya Servay Hypermarket di Putatan hanya menjual beras wangi
Bataras Putatan hanya menjual beras wangi
Bataras Putatan hanya menjual beras wangi

Jumpa kesilapan (terjemahan, makna atau ejaan)? Bantu kami dengan melaporkan.

Admin
Penulis

Admin

Admin Warisan Portal bertanggungjawab mengurus dan menerbitkan kenyataan media, artikel serta maklumat rasmi Parti Warisan kepada orang awam.

Artikel Berkaitan

Komen (0)

Jadilah yang pertama memberikan komen!

Sila log masuk untuk meninggalkan komen.

Log Masuk