TERKINI
Enam ADUN Warisan Kritik Vivian Wong : jangan lagi “berlakon” dan memancing simpati
MA63 2 min baca 2,311 tontonan

Enam ADUN Warisan Kritik Vivian Wong : jangan lagi “berlakon” dan memancing simpati

Ringkasan

Enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Warisan mengeluarkan kenyataan bersama mengkritik Ahli Parlimen Sandakan, YB Vivian Wong Shir Yee yang didakwa gagal menggunakan kedudukannya dalam kerajaan Persekutuan untuk memperjuangkan hak Sabah secara tegas termasuk isu tuntutan 40% hasil bersih Sabah.

Mereka turut mendakwa rakyat Sandakan masih berdepan pelbagai masalah asas termasuk ekonomi, peluang pekerjaan serta kemudahan awam walaupun Vivian Wong telah dua penggal menjadi Ahli Parlimen kerajaan.

Baca dalam:
Admin
Admin
Salin URL mengikut bahasa

SANDAKAN: Enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Warisan hari ini mengeluarkan kenyataan bersama yang mengkritik Ahli Parlimen Sandakan, YB Vivian Wong Shir Yee berhubung isu perjuangan hak Sabah dan pembangunan rakyat di Sandakan.

Enam ADUN tersebut terdiri daripada ADUN Elopura, YB Calvin Chong; ADUN Sungai Sibuga, YB Lisa Alban; ADUN Sekong, YB Alias Sani; ADUN Gum-Gum, YB Arunarnsin Taib; ADUN Tanjong Papat, YB Alex Thien; dan ADUN Karamunting, YB Alex Wong.

Menurut kenyataan bersama itu, Vivian Wong didakwa lebih banyak memainkan naratif politik dan memancing simpati rakyat dengan mendakwa memperjuangkan kepentingan Sabah sedangkan hak-hak asas Sabah masih gagal diperjuangkan secara tegas di peringkat Persekutuan.

Mereka berkata wakil rakyat Sabah daripada parti tertentu yang berada dalam kerajaan Persekutuan juga dilihat gagal memainkan peranan secara berkesan khususnya dalam isu tuntutan 40% hasil bersih Sabah.

Katanya, walaupun memiliki jumlah kerusi yang besar di Parlimen, kedudukan tersebut tidak dimanfaatkan sepenuhnya untuk membawa suara dan kepentingan Sabah secara konsisten.

Dalam kenyataan sama, mereka turut membangkitkan isu hasil petroleum Sabah yang majoritinya disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan serta kebimbangan terhadap kemungkinan perubahan subsidi bahan api seperti RON95 yang boleh memberi kesan besar kepada ekonomi negeri dan rakyat Sabah.

Menurut mereka, isu-isu besar melibatkan hak Sabah termasuk tuntutan 40% sering dijadikan bahan politik tanpa sebarang perkembangan pelaksanaan yang jelas.

Mereka turut mendakwa bahawa Vivian Wong yang telah dua penggal menjadi Ahli Parlimen kerajaan masih gagal membawa perubahan besar kepada pembangunan Sandakan termasuk dalam aspek ekonomi, peluang pekerjaan serta kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik.

Katanya, rakyat ketika ini lebih memerlukan penyelesaian kepada masalah kehidupan harian dan bukannya kenyataan politik yang berulang tanpa hasil konkrit.

Enam ADUN tersebut menegaskan bahawa mereka akan terus berpegang kepada prinsip memperjuangkan hak Sabah termasuk tuntutan 40% hasil bersih daripada Kerajaan Persekutuan.

Dalam masa sama, mereka turut mendakwa pihak lawan gagal menunaikan janji kepada rakyat dan hanya menggunakan isu Sabah sebagai retorik politik tanpa tindakan sebenar.

Sehubungan itu, mereka menyeru rakyat Sabah supaya lebih peka terhadap perkembangan politik semasa dan tidak mudah terpengaruh dengan propaganda politik tertentu.

Mereka turut menggesa rakyat terus menyokong usaha mempertahankan serta mengembalikan hak-hak Sabah yang termaktub di bawah Perlembagaan dan MA63.

Jumpa kesilapan (terjemahan, makna atau ejaan)? Bantu kami dengan melaporkan.

Admin
Penulis

Admin

Admin Warisan Portal bertanggungjawab mengurus dan menerbitkan kenyataan media, artikel serta maklumat rasmi Parti Warisan kepada orang awam.

Artikel Berkaitan

Komen (0)

Jadilah yang pertama memberikan komen!

Sila log masuk untuk meninggalkan komen.

Log Masuk