KOTA KINABALU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.19 Likas, Tham Yun Fook mempersoalkan kenyataan Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick yang menyatakan bahawa UPKO kini berada di tempat yang sepatutnya, iaitu dalam gabungan parti-parti tempatan Sabah.
Menurut beliau, kenyataan tersebut mengundang persoalan dalam kalangan rakyat Sabah memandangkan UPKO sebelum ini telah lama menjadi sebahagian daripada gabungan politik nasional yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia.
“Saya tersenyum membaca kenyataan bahawa UPKO kini berada di tempat yang sepatutnya. Baguslah jika akhirnya sudah sampai ke destinasi. Namun rakyat Sabah tentu tertanya-tanya, ke mana sebenarnya beliau pergi selama ini?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tham berkata Ewon kini bercakap seolah-olah hanya gabungan parti tempatan Sabah mampu memahami aspirasi negeri ini, sedangkan beliau dan UPKO selama bertahun-tahun berada dalam gabungan politik nasional.
“Ketika itu, adakah aspirasi Sabah kurang penting atau adakah beliau baru sekarang mendapat pencerahan politik?” soalnya.
Beliau turut mempersoalkan penggunaan slogan “Sabah First” yang kini dilaungkan dengan begitu lantang oleh sesetengah pihak walaupun ketika berada dalam Kerajaan Persekutuan, mereka mempunyai kedudukan yang lebih kukuh untuk memperjuangkan hak-hak Sabah.
Menurut beliau, rakyat masih menunggu hasil yang benar-benar signifikan khususnya dalam isu-isu asas yang sering dijadikan modal politik.
“Kalau benar GRS adalah rumah sebenar parti-parti Sabah, maka persoalan mudah yang timbul ialah mengapa baru sekarang mahu pulang ke rumah?” katanya.
Tham berkata rakyat Sabah tidak seharusnya melupakan sejarah politik yang berlaku dalam beberapa tahun kebelakangan ini hanya kerana perubahan pendirian politik semasa.
“Rakyat masih ingat siapa yang berada di mana, siapa yang berkata apa dan siapa yang membuat keputusan politik tertentu ketika Sabah sedang menuntut lebih banyak hak dan autonomi,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa perjuangan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bukan sesuatu yang boleh berubah mengikut keadaan politik semasa.
“Perjuangan MA63 bukan seperti menukar baju mengikut musim. Hari ini bercakap tentang gabungan nasional, esok bercakap tentang gabungan tempatan dan lusa bercakap tentang Sabah First.
“Prinsip yang sebenar tidak berubah mengikut arah angin politik,” tegasnya.
Menurut beliau, ramai pemimpin dan parti tempatan telah lama memperjuangkan hak Sabah secara konsisten ketika ada pihak lain masih mencari hala tuju politik masing-masing.
Beliau berkata rakyat Sabah kini cukup matang untuk menilai siapa yang benar-benar konsisten mempertahankan hak negeri ini dan siapa yang hanya mengubah haluan mengikut keperluan politik semasa.
“Rakyat Sabah mampu menilai sendiri siapa yang benar-benar berjuang untuk negeri ini dan siapa yang hanya bercakap mengenai Sabah apabila ia menjadi keperluan politik,” katanya.