PEJABAT ADUN LUYANG PERLUAS KHIDMAT KOMUNITI DENGAN INISIATIF KHIDMAT NASIHAT GUAMAN ASAS PERCUMA
Pejabat ADUN Luyang memperkenalkan perkhidmatan baharu Khidmat Nasihat Guaman Asas Percuma sebagai sebahagian daripada program khidmat komuniti bergerak mingguan. Inisiatif yang bermula pada 13 Jun ini bertujuan membantu penduduk mendapatkan panduan awal berkaitan isu perundangan selain melengkapkan program saringan kesihatan percuma yang telah dilaksanakan secara konsisten di kawasan Luyang.