KOTA BELUD, 14 Jun – Wira Warisan Sabah hari ini menggesa kerajaan negeri supaya memberi tumpuan lebih serius dalam mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti kepada anak muda Sabah yang masih berdepan kesukaran mendapatkan pekerjaan setanding dengan kelayakan mereka.
Ketua Wira Warisan Kota Belud, Khidir Lamsil berkata, isu pekerjaan merupakan antara cabaran terbesar yang dihadapi golongan belia sehingga menyebabkan ramai graduan dan tenaga mahir memilih berhijrah ke Semenanjung Malaysia bagi mendapatkan pekerjaan dengan pendapatan yang lebih baik.
Menurut beliau, walaupun pelbagai pelaburan diumumkan saban tahun, manfaatnya masih belum dirasai sepenuhnya oleh anak muda Sabah, khususnya mereka di kawasan luar bandar.
“Kerajaan tidak boleh berbangga dengan angka pelaburan jika anak muda Sabah masih membeli tiket sehala ke Semenanjung untuk mencari rezeki.
“Kejayaan sebenar bukan diukur melalui nilai pelaburan yang diumumkan, tetapi apabila lebih ramai anak Sabah mampu memperoleh pekerjaan yang stabil dan membina kehidupan di negeri sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Khidir turut menggesa kerajaan negeri memperkukuh latihan kemahiran, pendidikan TVET dan pembangunan bakat digital agar selari dengan keperluan industri, selain memberi keutamaan kepada anak Sabah dalam pengambilan pekerja bagi sektor-sektor strategik.
Beliau menegaskan Wira Warisan Sabah akan terus menjadi suara kepada anak muda dengan mengangkat isu-isu yang dekat dengan kehidupan rakyat serta menawarkan cadangan penyelesaian yang membina demi masa depan Sabah.