KOTA KINABALU, 16 Jun – Wira Warisan Sabah menggesa kerajaan mengambil langkah lebih menyeluruh bagi menangani peningkatan kos sara hidup yang semakin membebankan anak muda, khususnya golongan yang baru memasuki alam pekerjaan.
Ketua Wira Warisan Sepanggar merangkap Exco Wira Warisan Pusat, Affendi Arif, berkata peningkatan harga barangan dan perkhidmatan asas menyebabkan ramai anak muda yang bekerja sepenuh masa masih berdepan kesukaran menampung keperluan harian.
Menurut beliau, keadaan itu menunjukkan bahawa isu kos sara hidup tidak lagi boleh dilihat sebagai cabaran ekonomi semata-mata, sebaliknya telah memberi kesan langsung terhadap kesejahteraan dan masa depan generasi muda.
Beliau berkata laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan Indeks Harga Pengguna terus mencatat peningkatan bagi beberapa kumpulan barangan dan perkhidmatan, sekali gus memberi tekanan kepada isi rumah yang berpendapatan sederhana dan rendah.
“Anak muda Sabah bukan meminta hidup mewah. Mereka hanya mahu hidup dengan bermaruah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Affendi berkata ramai graduan yang baru memulakan kerjaya kini berdepan cabaran membayar sewa rumah, kos pengangkutan, makanan, utiliti serta pelbagai komitmen lain walaupun mempunyai pekerjaan tetap.
Katanya, keadaan itu menyebabkan sebahagian daripada mereka terpaksa melakukan pekerjaan sampingan atau bekerja lebih masa bagi menampung kos kehidupan yang semakin meningkat.
Beliau berpandangan kerajaan perlu memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan pendapatan rakyat melalui peluang pekerjaan bergaji tinggi di samping mempercepat pelaksanaan dasar perumahan mampu milik, memperkukuhkan pengangkutan awam serta memperluaskan bantuan yang benar-benar bersasar.
“Apabila seseorang yang bekerja sepenuh masa masih bergelut untuk menampung keperluan asas, itu bukan lagi masalah individu. Itu adalah cabaran dasar yang memerlukan tindakan segera,” katanya.
Menurut beliau, pembangunan ekonomi hanya akan memberi makna sekiranya manfaatnya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat melalui peningkatan taraf hidup dan pendapatan yang lebih baik.
Beliau turut menegaskan bahawa Wira Warisan Sabah akan terus membawa isu-isu yang dekat dengan kehidupan anak muda serta mengemukakan cadangan penyelesaian yang praktikal demi memastikan generasi muda mampu membina masa depan yang lebih baik di negeri sendiri.i