TERKINI
HAK 40% SABAH: KEWAJIPAN PERLEMBAGAAN, BUKAN PILIHAN POLITIK
MA63 2 min baca 521 tontonan

HAK 40% SABAH: KEWAJIPAN PERLEMBAGAAN, BUKAN PILIHAN POLITIK

Ringkasan

ADUN Kapayan, Chin Tek Ming, gesa Kerajaan Sabah tuntut hak 40% hasil Persekutuan, menegaskan ia adalah kewajipan perlembagaan yang tidak boleh dip...

Baca dalam:
🇲🇾 Melayu 🇬🇧 English
Admin
Admin
Salin URL mengikut bahasa


HAK 40% SABAH: KEWAJIPAN
PERLEMBAGAAN, BUKAN PILIHAN POLITIK

Saya
menyatakan sokongan penuh terhadap usul yang dibawa oleh ADUN
Kapayan, Chin Tek Ming, yang menggesa Kerajaan Negeri Sabah untuk
menentukan, mengira dan menuntut hak Sabah sebanyak 40% daripada
hasil bersih Persekutuan yang diperoleh daripada negeri ini bagi
tahun 2022 hingga 2025 serta tahun-tahun seterusnya.

Dari
sudut undang-undang, kedudukan perkara ini adalah jelas dan tidak
boleh dipertikaikan:

Ini
bukan isu rundingan, tetapi soal pematuhan kepada Perlembagaan.

Hak
40% Sabah adalah hak perlembagaan yang termaktub di bawah Perkara
112C Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 112D Perlembagaan
Persekutuan, serta dibaca bersama dengan peruntukan berkaitan dalam
Jadual Kesepuluh. Hak ini bersifat mengikat dan boleh dituntut, dan
tidak boleh ditangguhkan, dikurangkan, atau digantikan dengan apa-apa
formula lain tanpa asas undang-undang yang sah.

Usul
yang dibawa adalah bersifat asas dan munasabah, iaitu:

-Menentukan
dan mengira jumlah sebenar hak Sabah secara tepat;

-Mendedahkan
angka tersebut secara telus kepada Dewan dan rakyat;

-Mengambil
tindakan tegas untuk menuntut hak tersebut daripada Kerajaan
Persekutuan.

Kegagalan
untuk melaksanakan langkah-langkah ini bukan sekadar kelemahan
pentadbiran, tetapi boleh ditafsirkan sebagai pengabaian
tanggungjawab perlembagaan oleh pihak eksekutif.

Perlu
ditegaskan bahawa hak perlembagaan tidak lupus hanya kerana kelewatan
pelaksanaan. Sebarang percubaan untuk melemahkan tuntutan ini melalui
rundingan tidak rasmi atau pengenalan formula yang lebih rendah
adalah tidak berasas di sisi undang-undang dan terbuka untuk dicabar
di mahkamah.

Isu
Kedaulatan Undang-Undang Sabah yang Lebih Luas

Sehubungan
itu, saya turut mencadangkan agar satu langkah pembetulan
perlembagaan dipertimbangkan, iaitu pengembalian kuasa undang-undang
berkaitan hasil negeri kepada Sabah.

Secara
khususnya, Warta Kerajaan Persekutuan Vol. IX, No. 10, bertarikh 20
Mei 1965, yang menjadikan Undang-Undang Semasa Sabah No. 29 of 1956 –
Ordinan Cukai Pendapatan 1956, No.
18 of 1959 - Ordinan Eksais 1959 dan No. 21 of 1960 - Ordinan
Petroleum - 1960
sebagai undang-undang Persekutuan, wajar disemak semula.

Ini
kerana terdapat asas untuk mempersoalkan kesahihan langkah tersebut,
memandangkan ia didakwa tidak dirujuk atau mendapat persetujuan Dewan
Undangan Negeri Sabah, sebagaimana yang dikehendaki di bawah Perkara
161E Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 159 Perlembagaan
Persekutuan.

Sekiranya
kuasa perundangan tersebut dikembalikan kepada Sabah, ia akan:

-Memudahkan
penafsiran dan pelaksanaan Perkara 112C dan 112D;

-Menghapuskan
pertikaian berpanjangan yang menghalang pelaksanaan hak kewangan
Sabah;

-Memulihkan
keyakinan rakyat terhadap keadilan fiskal antara Persekutuan dan
Negeri.

Kesimpulan

Usul
ini bukan sahaja wajar, tetapi mendesak dan tidak boleh ditangguhkan
lagi. Undang-undang telah lama jelas.

Persoalannya
kini bukan lagi apa yang perlu dilakukan — tetapi sama ada Kerajaan
mempunyai keberanian politik untuk mematuhinya.

Sokong
usul ini. Tegakkan Perlembagaan. Pertahankan hak Sabah.

YB
Assaffal Hj Panglima Alian

ADUN
N.60 Tungku
21
April 2026

Jumpa kesilapan (terjemahan, makna atau ejaan)? Bantu kami dengan melaporkan.

Admin
Penulis

Admin

Admin Warisan Portal bertanggungjawab mengurus dan menerbitkan kenyataan media, artikel serta maklumat rasmi Parti Warisan kepada orang awam.

Artikel Berkaitan

Komen (0)

Jadilah yang pertama memberikan komen!

Sila log masuk untuk meninggalkan komen.

Log Masuk