TERKINI
Kenyataan Media Dari Pejabat Setiausaha Agung Warisan: Perletakan Jawatan Ketua Bahagian Keningau Oleh Tuan Rasinin Kautis.
Politik 1 min baca 398 tontonan

Kenyataan Media Dari Pejabat Setiausaha Agung Warisan: Perletakan Jawatan Ketua Bahagian Keningau Oleh Tuan Rasinin Kautis.

Ringkasan

Mantan Ketua Bahagian Keningau, Tuan Rasinin Kautis, meletak jawatan untuk memberi laluan kepada pemimpin baharu Tuan Raymond Koh akan memikul tanggung-jawab sebagai Pemangku Ketua Bahagian.

Baca dalam:
Admin
Admin
Salin URL mengikut bahasa

KENYATAAN MEDIA

20 April 2026


KOTA KINABALU: PEJABAT SETIAUSAHA AGUNG


Ibu pejabat telah meneliti ucapan yang disampaikan oleh mantan Ketua
Bahagian Keningau, Tuan Rasinin Kautis yang mana perletakan jawatan
beliau adalah atas rasa tanggung-jawab dan membuka laluan kepada
pemimpin-pemimpin baharu untuk menerajui Warisan Bahagian Keningau.
Namun, beliau masih lagi ahli Warisan.


Walaubagaimanapun, pihak Ibu pejabat masih belum mendapat pemakluman
rasmi daripada beliau.


Dalam pada itu, untuk memastikan Warisan Bahagian Keningau berfungsi
seperti biasa, Timbalan Ketua Bahagian, Tuan Raymond Koh akan memikul
tanggung-jawab sebagai Pemangku Ketua Bahagian sehingga pemilihan
Bahagian yang dijangkakan akan diadakan tahun ini juga.


Harap maklum.


Datuk Loretto Padua Jr
Setiausaha Agung Parti Warisan

Jumpa kesilapan (terjemahan, makna atau ejaan)? Bantu kami dengan melaporkan.

Admin
Penulis

Admin

Admin Warisan Portal bertanggungjawab mengurus dan menerbitkan kenyataan media, artikel serta maklumat rasmi Parti Warisan kepada orang awam.

Artikel Berkaitan

Komen (0)

Jadilah yang pertama memberikan komen!

Sila log masuk untuk meninggalkan komen.

Log Masuk