KENYATAAN MEDIA:
WARISAN GESA UNDI JARAK JAUH UNTUK RAKYAT SABAH
DI SEMENANJUNG MENJELANG PRU 16
KOTA KINABALU —
Parti Warisan hari ini menggesa agar Kerajaan Negeri Sabah mengadakan
perbincangan segera dengan Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan
rakyat Sabah yang berada di Semenanjung Malaysia menunaikan
tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) tanpa
perlu pulang ke negeri asal.
Gesaan itu
disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan, Chin Tek
Ming yang memaklumkan bahawa beliau menerima pelbagai maklumbalas
daripada warga Penampang mengenai kesukaran yang dihadapi untuk
kembali mengundi di Sabah.
Menurut beliau,
antara kekangan utama adalah kos perjalanan yang tinggi serta
kekangan pekerjaan yang menyukarkan rakyat Sabah di perantauan pulang
ke kampung halaman setiap kali PRN dan PRU diadakan.
“Tambang kapal
terbang serta kos pengangkutan darat yang mahal, selain keengganan
majikan untuk memberikan cuti sekurang-kurangnya tiga hari bekerja,
menjadi halangan utama untuk mereka pulang mengundi,” katanya.
Chin turut
menegaskan bahawa kerajaan negeri di bawah pimpinan Hajiji Noor perlu
memberi keutamaan terhadap hak demokrasi rakyat Sabah, termasuk
mereka yang berada di luar negeri.
“Kerajaan
Negeri mesti memastikan hak rakyat Sabah untuk menentukan Kerajaan
Negeri dan Persekutuan diberi keutamaan dengan berusaha membolehkan
mereka mengundi di kawasan masing-masing di Semenanjung,” tambah
beliau.
Beliau turut
membandingkan situasi tersebut dengan amalan negara jiran.
“Jika Kerajaan
Indonesia boleh membenarkan rakyatnya mengundi di luar negara
termasuk di Sabah, masakan Kerajaan Negeri Sabah dan Persekutuan
tidak mampu melaksanakan kaedah serupa untuk rakyat Sabah di
Semenanjung?”
Sehubungan itu,
Chin memaklumkan bahawa beliau akan membawa isu berkenaan ke sidang
Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan datang.
“Saya akan
bawa perkara ini ke mesyuarat DUN akan datang dan berharap
parti-parti dalam Kerajaan Campuran GRS akan menyokong gesaan ini,”
ujarnya.
Sementara itu,
Pengarah Komunikasi Strategik Warisan, Christopher Masudal, turut
menyokong gesaan Chin dan meminta parti-parti yang diwakili dalam
Kabinet Campuran GRS untuk bersama-sama memperjuangkannya.
“Jika kita
memegang tampuk kuasa, maka kita sepatutnya memastikan hak dan
kebajikan rakyat Sabah sentiasa terjamin, bukan sahaja dari segi
pembangunan tetapi juga dalam proses demokrasi negara,” tegasnya.
Beliau turut
meminta parti-parti dalam kerajaan negeri menunjukkan konsistensi
mereka dalam memperjuangkan hak rakyat Sabah di perantauan.
“Hampir semua
parti komponen dalam Kerajaan Campuran GRS bercakap mengenai hak dan
kebajikan Sabah, tetapi tiada satu pun yang secara konsisten
memperjuangkan hak rakyat negeri ini yang berada di perantauan untuk
memilih kerajaan mereka,” katanya.
Christopher
turut menyifatkan keadaan semasa sebagai tidak adil kepada rakyat
Sabah yang bekerja dan menetap di Semenanjung.
“Ianya tidak
adil sekali jika rakyat Sabah terus menerus diminta membayar cukai,
duti dan levi termasuk cukai pendapatan, tetapi hak mereka untuk
mengundi tanpa menjejaskan kewangan dan pekerjaan mereka sendiri
tidak diberi perhatian sewajarnya,” katanya lagi.
Isu pengundian
jarak jauh dijangka menjadi antara topik utama perbahasan menjelang
PRU16, khususnya melibatkan hak demokrasi rakyat Sabah dan Sarawak
yang berada di luar negeri asal mereka.
YB Chin Tek Ming
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan
6 APRIL 2026