PAPAR, 17 Jun – Wira Warisan Sabah menggesa kerajaan mengambil langkah segera bagi menangani isu skills mismatch atau ketidakpadanan kemahiran yang disifatkan sebagai antara faktor utama menyebabkan ramai graduan Sabah gagal memperoleh pekerjaan yang setimpal dengan kelayakan mereka.
Ketua Wira Warisan Papar merangkap Exco Wira Warisan Sabah, Mohd Solhi bin Datuk Aidi, berkata isu tersebut bukan lagi sekadar melibatkan peluang pekerjaan, sebaliknya memberi kesan kepada pembangunan modal insan serta daya saing ekonomi negeri dalam jangka panjang.
Menurut beliau, skills mismatch berlaku apabila kemahiran, kelayakan atau bidang pengajian graduan tidak memenuhi keperluan sebenar pasaran pekerjaan, menyebabkan ramai graduan terpaksa bekerja di luar bidang pengajian, menerima pekerjaan di bawah kelayakan atau terus menganggur.
“Ijazah tidak sepatutnya berakhir sebagai hiasan di dinding, tetapi menjadi tiket kepada masa depan yang lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Solhi berkata Sabah sebenarnya tidak kekurangan graduan yang berpendidikan, berbakat dan berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan negeri.
Bagaimanapun, katanya, peluang pekerjaan berkualiti yang mampu menghargai kemahiran dan kelayakan graduan tempatan masih belum mencukupi, sekali gus menyebabkan sebahagian daripada mereka memilih berhijrah ke negeri lain untuk mendapatkan peluang kerjaya yang lebih baik.
Beliau berkata keadaan itu perlu diberi perhatian serius kerana ia bukan sahaja merugikan graduan, malah menyebabkan Sabah terus kehilangan tenaga profesional dan modal insan yang diperlukan bagi memacu pertumbuhan ekonomi negeri.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar kerajaan memperkukuhkan kerjasama antara institusi pengajian tinggi, institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta pihak industri bagi memastikan graduan yang dilahirkan benar-benar memenuhi kehendak pasaran pekerjaan.
Selain itu, beliau turut menggesa kerajaan membawa lebih banyak pelaburan dalam sektor berteknologi tinggi, ekonomi digital, tenaga boleh diperbaharui dan industri bernilai tinggi yang mampu menawarkan pekerjaan berkualiti dengan gaji yang kompetitif kepada anak tempatan.
“Apabila seorang graduan terpaksa bekerja dalam bidang yang langsung tidak memerlukan kelayakannya, negara sebenarnya sedang mensia-siakan modal insan yang telah dibangunkan selama bertahun-tahun,” katanya.
Mohd Solhi turut mencadangkan agar program peningkatan kemahiran (upskilling) dan latihan semula (reskilling) diperluaskan supaya tenaga kerja muda di Sabah sentiasa bersedia menghadapi perubahan teknologi dan keperluan industri yang semakin berkembang.
Beliau menegaskan bahawa kejayaan pembangunan negeri tidak seharusnya diukur berdasarkan jumlah graduan yang dilahirkan setiap tahun semata-mata, sebaliknya sejauh mana mereka berjaya memperoleh pekerjaan yang setimpal dengan kelayakan dan mampu menyumbang kepada pembangunan Sabah.