Pagi ini, ADUN N.48 Segama, YB Muhammad Abdul Karim berkesempatan mengikuti mesyuarat bersama YB Dato’ Dr Hj Mohamad Yusof Bin Apdal selaku Ahli Parlimen P188 Lahad Datu yang berlangsung di POIC Container Terminal.
Mesyuarat tersebut melibatkan pembentangan khas oleh NanoMalaysia Berhad (NMB) berkaitan potensi aplikasi nanoteknologi berasaskan biojisim di Sabah serta peluang pembangunan ekonomi dan industri hijau di masa hadapan.
Melalui sesi pembentangan dan perbincangan tersebut, YB Muhammad Abdul Karim turut didedahkan mengenai potensi penggunaan teknologi moden dalam memanfaatkan sumber biojisim bagi membantu merancakkan pembangunan ekonomi di negeri Sabah.
Usaha pembangunan teknologi hijau dan industri berasaskan biojisim ini dilihat mampu membuka peluang ekonomi baharu serta memperkukuhkan potensi pelaburan dan pembangunan industri mampan di Sabah khususnya di kawasan pantai timur negeri.
Beliau berharap segala perancangan dan usaha yang dibincangkan dapat memberi manfaat kepada rakyat serta membuka lebih banyak peluang pembangunan ekonomi dan pekerjaan kepada masyarakat setempat.