Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Saya mengambil maklum berkenaan poster tular yang mendakwa saya “menghilang”. Sekiranya wujud persepsi sedemikian, saya mohon maaf.
Untuk penjelasan, saya tidak pernah berhenti menjalankan tanggungjawab. Saya sentiasa turun ke kawasan dan mendengar sendiri keluhan rakyat Sebatik. Segala gerak kerja boleh dirujuk melalui platform rasmi facebook saya ini.
Sebagai wakil rakyat di pihak pembangkang, peranan saya adalah 'Semak & Imbang' serta membawa isu rakyat ke Dewan Undangan Negeri Sabah supaya diberi perhatian dan tindakan sewajarnya. Tidak semua usaha memerlukan publisiti. Keutamaan saya adalah 'HASIL', bukan persepsi.
Ketika ini, saya berada di DUN Sabah, masih seperti sidang Dun lalu, memperjuangkan isu asas seperti Bekalan Air dan Elektrik termasuklah Jalan Raya yang masih memerlukan penyelesaian tuntas.
Untuk Berlaku adil, semua pihak juga sedia maklum Isu-isu ini telah lama berakar dan menuntut pendekatan yang berterusan serta komitmen semua pihak. Malah, ketika di bawah wakil rakyat lalu yang berada di pihak kerajaan selama satu penggal penuh pun,ianya juga tidak berjaya diselesaikan sepenuhnya. Kini, walaupun saya di pihak pembangkang dan belum sampai 6 bulan berkhidmat, usaha tetap saya teruskan tanpa henti. Saya akan terus bersuara di DUN Sabah dan kekal fokus bekerja untuk terus memperjuangkan kepentingan rakyat Sebatik dengan sebaiknya. In shaAllah
#SebatikMakmurSejahtera
#SemakDanImbang
#DunSabah
#adunn73sebatik
#Ybmt
YB Tuan Manahing Tinggilani
ADUN Sebatik