TERKINI
JUNZ WONG: PERUNTUKAN JAMBATAN KG SELAMAT LOK URAI PULAU GAYA, DILULUSKAN
Fake News 2 min baca 414 tontonan

JUNZ WONG: PERUNTUKAN JAMBATAN KG SELAMAT LOK URAI PULAU GAYA, DILULUSKAN

Ringkasan

Kerajaan tidak membiayai pembinaan semula jambatan di Kampung Selamat, Lok Urai, Pulau Gaya, yang telah siap pada 14 April 2026.

Baca dalam:
Admin
Admin
Salin URL mengikut bahasa

PERUNTUKAN JAMBATAN KG SELAMAT LOK URAI PULAU GAYA, DILULUSKAN

Menurut artikel yang tular di platform Info X, terdapat dakwaan bahawa kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM300,000 bagi pembinaan semula titian di Kampung Selamat, Lok Urai, Pulau Gaya, Sabah, susulan kejadian jambatan roboh pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Pihak Pejabat ADUN N.22 Tanjung Aru dengan ini menegaskan bahawa jambatan sepanjang 100 kaki di lokasi berkenaan telah pun dibina semula sepenuhnya menggunakan dana sendiri tanpa sebarang peruntukan daripada mana-mana pihak kerajaan. Kerja-kerja pembinaan telah disiapkan pada 14 April 2026.

Sehubungan itu, mana-mana pihak adalah dilarang sama sekali untuk membuat sebarang tuntutan atau “claim” peruntukan ke atas projek jambatan tersebut, kerana ia bukan dibiayai oleh dana kerajaan.

Pihak DBKK serta semua jabatan dan kementerian berkaitan diminta mengambil maklum perkara ini. Sekiranya terdapat sebarang percubaan untuk membuat tuntutan peruntukan terhadap jambatan yang telah dibina ini, pihak kami tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan kepada SPRM bagi siasatan lanjut.

Sebagai cadangan, pihak kami berpandangan bahawa peruntukan yang telah diluluskan tersebut adalah lebih wajar disalurkan bagi kerja-kerja baik pulih atau pembinaan semula jambatan lain yang telah uzur di sekitar kawasan Pulau Gaya, demi manfaat dan keselamatan penduduk setempat.

Rujukan:

Jambatan 100 kaki Kg Selamat Lok Urai
https://www.facebook.com/share/r/1AuTGK8ugU/?mibextid=wwXIfr

Link Info X
https://www.facebook.com/share/p/17Td4YkE8T/?mibextid=wwXIfr

Sekian, terima kasih.

Jumpa kesilapan (terjemahan, makna atau ejaan)? Bantu kami dengan melaporkan.

Admin
Penulis

Admin

Admin Warisan Portal bertanggungjawab mengurus dan menerbitkan kenyataan media, artikel serta maklumat rasmi Parti Warisan kepada orang awam.

Artikel Berkaitan

Komen (0)

Jadilah yang pertama memberikan komen!

Sila log masuk untuk meninggalkan komen.

Log Masuk