TERKINI
ADUN Parti Warisan Tegaskan Tiada Penerimaan Peruntukan, Kecam Berita Palsu
Fake News 2 min baca 519 tontonan

ADUN Parti Warisan Tegaskan Tiada Penerimaan Peruntukan, Kecam Berita Palsu

Ringkasan

ADUN Warisan menafikan menerima peruntukan kerajaan, menyifatkan dakwaan sebagai fitnah. Mereka beri amaran hentikan penyebaran, pertimbang tindakan undang-undang, dan tegaskan komitmen berkhidmat walaupun tanpa peruntukan.

Baca dalam:
Admin
Admin
Salin URL mengikut bahasa

KENYATAAN BERSAMA ADUN PARTI WARISAN

Kebelakangan ini, kami memandang serius penyebaran berita palsu yang semakin berleluasa dan secara terancang menyasarkan ADUN Parti Warisan, khususnya di kawasan bandar. Terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa kononnya ADUN Warisan turut menerima peruntukan daripada kerajaan.

Kami dengan tegas menyatakan bahawa dakwaan tersebut adalah fitnah dan pembohongan yang disengajakan. ADUN Parti Warisan tidak menerima sebarang peruntukan seperti yang digembar-gemburkan.

Penyebaran maklumat palsu ini jelas merupakan satu taktik kotor dan berniat jahat untuk menghasut rakyat, menimbulkan kemarahan terhadap wakil rakyat pembangkang, serta mencemarkan reputasi kami. Ia turut disebarkan secara aktif dalam kumpulan penduduk dan platform media sosial termasuk Facebook bagi mempengaruhi persepsi awam.

Kami ingin memberi amaran keras kepada pihak-pihak yang terlibat agar menghentikan segera penyebaran fitnah ini. Tindakan menyebarkan berita palsu bukan sahaja tidak beretika, malah boleh dikenakan tindakan undang-undang.

ADUN Parti Warisan akan terus berkhidmat kepada rakyat dengan penuh komitmen, integriti dan tanggungjawab, walaupun tanpa sebarang peruntukan daripada kerajaan. Kami tidak akan tunduk kepada politik kotor yang cuba melemahkan kepercayaan rakyat terhadap kami.

Kami juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu atau pihak yang terus menyebarkan fitnah dan maklumat palsu ini.

Rakyat diseru agar lebih bijak menilai maklumat dan tidak mudah terpedaya dengan propaganda yang berniat jahat.

Disediakan bersama:

• N17 Darau - YB Azhar Bin Datuk Hj Matussin

• N18 Inanam – YB Edna Majimbun

• N19 Likas – YB Tham Yun Fook

• N20 Api-Api – YB Loi Kok Liang

• N21 Luyang – YB Samuel Wong

• N22 Tanjung Aru – YB Datuk Junz Wong

• N25 Kapayan – YB Chin Tek Ming

Jumpa kesilapan (terjemahan, makna atau ejaan)? Bantu kami dengan melaporkan.

Admin
Penulis

Admin

Admin Warisan Portal bertanggungjawab mengurus dan menerbitkan kenyataan media, artikel serta maklumat rasmi Parti Warisan kepada orang awam.

Artikel Berkaitan

Komen (0)

Jadilah yang pertama memberikan komen!

Sila log masuk untuk meninggalkan komen.

Log Masuk