TERKINI
Media Cuba Cetus Persepsi Buruk Isu Jambatan Simunul, YB Bugaya Sebenarnya Sudah Ambil Tindakan
Fake News 2 min baca 236 tontonan

Media Cuba Cetus Persepsi Buruk Isu Jambatan Simunul, YB Bugaya Sebenarnya Sudah Ambil Tindakan

Ringkasan

Cubaan Cetus Persepsi Buruk Isu Jambatan Simunul, YB Bugaya Sudah Bertindak Lebih Awal

Baca dalam:
Admin
Admin
Salin URL mengikut bahasa

Pada 9 Februari, sebuah halaman Facebook bernama Sabah First Info telah memuat naik video pendek yang dipercayai dirakam oleh seorang penduduk di kawasan Simunul, Semporna, Sabah. Dalam video tersebut, perakam meminta bantuan untuk menyelesaikan masalah jambatan yang runtuh. Namun, halaman tersebut menyertakan kapsyen yang dapat menimbulkan sangkaan negatif, "Mana sudah YB yang menang situ tu, hilang?" yang dikatakan sebagai sumber daripada netizen.

Berdasarkan hantaran-hantaran di Facebook oleh YB Tuan Haji Jamil Bin Datuk Haji Hamzah, ADUN N.66 Bugaya, beliau menunjukkan keprihatinan terhadap isu ini. Pada 7 Februari 2026, beliau memuat naik hantaran yang menyatakan bahawa beliau telah melawat jambatan Kampung Simunul Lorong 5 yang dilaporkan hampir roboh. Dalam hantaran tersebut, beliau berjanji untuk mencari jalan terbaik bagi membaiki jeti dan jambatan demi keselamatan penduduk setempat.

Namun, pada hari yang sama, beliau mengumumkan berita buruk bahawa jambatan yang dilawatinya telah runtuh. Beliau berjanji untuk mengambil tindakan segera agar kejadian ini tidak mengganggu urusan harian penduduk, terutamanya pelajar yang menggunakan jambatan tersebut untuk ke sekolah.

Pada 13 Februari 2026, seorang pengguna Facebook bertanya mengenai status bantuan untuk jambatan di Kampung Simunul, yang didakwa masih belum ada tindakan. YB Jamil menjawab bahawa kerja-kerja pembinaan sedang dalam proses dan meminta doa agar segala urusan dipermudahkan.

Penduduk kampung diingatkan untuk bersabar kerana YB sedang berusaha membantu menyelesaikan masalah jambatan yang runtuh. Media juga dinasihatkan agar tidak mencetuskan pandangan negatif yang boleh mengganggu proses bantuan yang sedang dijalankan.

Jumpa kesilapan (terjemahan, makna atau ejaan)? Bantu kami dengan melaporkan.

Admin
Penulis

Admin

Admin Warisan Portal bertanggungjawab mengurus dan menerbitkan kenyataan media, artikel serta maklumat rasmi Parti Warisan kepada orang awam.

Artikel Berkaitan

Komen (0)

Jadilah yang pertama memberikan komen!

Sila log masuk untuk meninggalkan komen.

Log Masuk