TERKINI
Majlis Rumah Terbuka Warisan Sepanggar 2026 Meriah, Himpun Pelbagai Kaum
Semasa 2 min baca 371 tontonan

Majlis Rumah Terbuka Warisan Sepanggar 2026 Meriah, Himpun Pelbagai Kaum

Ringkasan

Majlis Rumah Terbuka Warisan Sepanggar 2026 meriah dengan kehadiran pelbagai kaum dan bangsa.

Baca dalam:
Admin
Admin
Salin URL mengikut bahasa

Majlis Rumah Terbuka Warisan Sepanggar 2026 Meriah, Himpun Pelbagai Kaum

SEPANGGAR, 18 April 2026 — Majlis Rumah Terbuka Warisan Sepanggar 2026 yang dianjurkan oleh Ketua Penerangan Warisan, Datuk Mohd Azis Jamman, berlangsung meriah dengan kehadiran masyarakat pelbagai kaum, bangsa dan agama.

Menurut beliau, majlis yang diadakan dalam suasana sederhana itu berjaya menarik kehadiran ramai pengunjung termasuk mereka yang datang dari luar kawasan semata-mata untuk memeriahkan sambutan tersebut. Kehadiran masyarakat Cina pada tahun ini turut dilihat meningkat, sekali gus mencerminkan semangat perpaduan yang kukuh dalam kalangan komuniti setempat.

Penduduk Kampung Darau Laut turut diberi penghargaan atas sokongan padu mereka, apabila hadir seawal pagi bersama keluarga dengan berpakaian lengkap tradisional. Selain itu, penduduk sekitar Parlimen Sepanggar termasuk dari Karambunai, Darau dan Inanam juga dilaporkan hadir lebih awal, walaupun majlis dijadualkan bermula pada jam 12.30 tengah hari.

Dalam ucapannya, beliau turut memohon maaf atas sebarang kekurangan sepanjang penganjuran majlis, termasuk aspek penyediaan makanan dan kemudahan, sekiranya terdapat ketidaksempurnaan yang tidak disengajakan.

Dalam perkembangan sama, suasana majlis turut diselubungi rasa hiba apabila dimaklumkan seorang penduduk Kampung Darau Laut telah meninggal dunia ketika acara berlangsung. Ucapan takziah disampaikan kepada keluarga arwah, dengan doa agar roh ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Majlis tersebut diakhiri dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026 serta harapan agar masyarakat dapat terus bertemu dan mengeratkan silaturahim pada sambutan akan datang.

Jumpa kesilapan (terjemahan, makna atau ejaan)? Bantu kami dengan melaporkan.

Admin
Penulis

Admin

Admin Warisan Portal bertanggungjawab mengurus dan menerbitkan kenyataan media, artikel serta maklumat rasmi Parti Warisan kepada orang awam.

Artikel Berkaitan

Komen (0)

Jadilah yang pertama memberikan komen!

Sila log masuk untuk meninggalkan komen.

Log Masuk