TERKINI
MUDI DUBING: WARISAN SAMBUT BAIK RAMPASAN BALAK HARAM DI SOOK, DESAK SIASATAN MENYELURUH
Integriti 2 min baca 286 tontonan

MUDI DUBING: WARISAN SAMBUT BAIK RAMPASAN BALAK HARAM DI SOOK, DESAK SIASATAN MENYELURUH

Ringkasan

Parti Warisan sambut baik rampasan balak haram di Sook dan desak siasatan menyeluruh terhadap aktiviti pembalakan yang merosakkan alam sekitar.

Baca dalam:
Admin
Admin
Salin URL mengikut bahasa


KENYATAAN MEDIA: 20 MAC 2026 - WARISAN SAMBUT BAIK RAMPASAN BALAK HARAM DI
SOOK, DESAK SIASATAN MENYELURUH


Parti Warisan
Bahagian Pensiangan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada pegawai-pegawai agensi penguatkuasaan Negeri dan
Persekutuan yang telah berjaya melaksanakan operasi sehingga membawa
kepada rampasan balak haram bernilai jutaan ringgit di Sook, Sabah.


Rampasan ini
secara jelas membuktikan bahawa dakwaan yang sekian lama disuarakan
oleh penduduk di kawasan Pedalaman Sabah mengenai kegiatan pembalakan
haram adalah benar dan bukan sekadar persepsi.


Kegiatan
pembalakan haram ini bukan sahaja merompak hasil negeri, malah telah
menyumbang kepada bencana alam, khususnya banjir yang semakin kerap
melanda kawasan seperti Keningau, Tenom dan Sipitang. Hakikatnya,
banjir besar sebegini tidak akan berlaku sekiranya aktiviti
pembalakan dijalankan secara sah, terkawal dan mendapat kelulusan
daripada kerajaan negeri.


Persoalan yang
timbul kini ialah: daripada keseluruhan aktiviti pembalakan di
kawasan Pedalaman, berapakah sebenarnya yang dijalankan secara haram?
Adakah wujud “Little Napoleon” di peringkat daerah yang
meluluskan atau membiarkan kegiatan ini terus berleluasa tanpa
tindakan?


Sehubungan itu,
Warisan Pensiangan mendesak Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji
Mohd Noor, supaya segera mengeluarkan arahan agar semua aktiviti
pembalakan di kawasan Pedalaman disiasat secara menyeluruh. Pada masa
yang sama, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga perlu
dipanggil untuk menyiasat siapakah dalang sebenar di sebalik kegiatan
pembalakan haram ini.


Inilah sebab
utama mengapa Parti Warisan mencadangkan penubuhan Jawatankuasa
Ombudsmen Negeri, bagi membolehkan penduduk kampung menyalurkan aduan
secara terus berhubung isu seperti rampasan tanah dan pembalakan
haram. Mekanisme ini penting bagi memastikan tindakan dapat diambil
dengan telus tanpa campur tangan kerajaan negeri atau mana-mana parti
politik.


Parti Warisan
akan terus komited memperjuangkan hak rakyat Sabah serta memastikan
sumber alam negeri ini dilindungi daripada sebarang bentuk
eksploitasi haram.


— Tamat —


Mudi Dubing
Ketua Bahagian
Pensiangan
Ahli Majlis
Tertinggi
Parti Warisan

Jumpa kesilapan (terjemahan, makna atau ejaan)? Bantu kami dengan melaporkan.

Admin
Penulis

Admin

Admin Warisan Portal bertanggungjawab mengurus dan menerbitkan kenyataan media, artikel serta maklumat rasmi Parti Warisan kepada orang awam.

Artikel Berkaitan

Komen (0)

Jadilah yang pertama memberikan komen!

Sila log masuk untuk meninggalkan komen.

Log Masuk