TERKINI
Nisbah 1:10 Realiti Pahit 200 Belia Kudat Rebut 20 Kekosongan Pekerjaan - Ketua Wira P167 Kudat
Viral 3 min baca 94 tontonan

Nisbah 1:10 Realiti Pahit 200 Belia Kudat Rebut 20 Kekosongan Pekerjaan - Ketua Wira P167 Kudat

Ringkasan

Ratusan belia di Kudat berebut peluang pekerjaan di premis baru, namun hanya 20 hingga 30 kekosongan ditawarkan, mencerminkan masalah pengangguran yang kritikal.

Baca dalam:
Admin
Admin
Salin URL mengikut bahasa

KUDAT – Satu rakaman video yang tular memaparkan ratusan belia bersesak di hadapan sebuah premis perniagaan yang baru dibuka di daerah ini telah membuka mata ramai pihak mengenai betapa gawatnya isu pengangguran di hujung utara Sabah.

Berdasarkan laporan, sesi temuduga terbuka di premis Eco-Shop tersebut hanya menawarkan sekitar 20 ke 30 kekosongan, namun kehadiran pemohon yang luar biasa mencecah lebih 200 orang belia. Situasi ini adalah gambaran fizikal betapa dahaganya anak muda Kudat terhadap peluang pekerjaan di tanah sendiri.

"Ecoshop pekerja diperlukan 30 lebih jak, yang hadir interview mahu 200 lebih orang. Susah betul bah cari kerja di Kudat ni," luah salah seorang belia yang hadir, mencerminkan keputusasaan yang dialami ramai rakan sebaya mereka.

Ekonomi Kudat "Sesak Nafas"

Ketua Wira P167 Kudat, Khairuddin Daud, menegaskan bahawa situasi ini adalah manifestasi kepada isu pengangguran kronik yang sekian lama membelenggu daerah ini. Menurut beliau, nisbah satu kekosongan bagi setiap sepuluh pemohon adalah bukti nyata bahawa ekonomi Kudat kini dalam keadaan "sesak nafas".

"Bila 200 orang datang berebut jawatan yang sangat terhad, itu bukan lagi sekadar mencari kerja, itu adalah perjuangan untuk kelangsungan hidup. Ia memberi isyarat jelas bahawa peluang pekerjaan di Kudat sangat kritikal. Anak muda kita sanggup beratur panjang dan bersaing sesama sendiri hanya untuk jawatan asas di sebuah kedai," ulas beliau.

Ketiadaan Industri Hiliran: Punca Belia 'Diusir' Secara Halus

Khairuddin menyifatkan ketiadaan industri hiliran sebagai punca utama mengapa lambakan tenaga kerja muda ini tidak dapat diserap ke dalam ekonomi tempatan. Beliau melihat Kudat sebagai daerah yang kaya dengan hasil bumi, namun kekayaan itu tidak dinikmati oleh rakyatnya sendiri.

"Masalah utama kita adalah tiada industri hiliran. Kita ada hasil bumi yang melimpah, tapi semua itu hanya dipunggah keluar untuk diproses di luar daerah. Bayangkan jika hasil itu diproses di sini, sudah tentu ratusan belia yang hadir dalam video viral itu sekarang bekerja di kilang-kilang atau pusat pengeluaran tempatan."

Beliau menambah, kegagalan mewujudkan sektor industri yang mampan di Kudat secara tidak langsung telah "mengusir" anak-anak muda ini untuk keluar berhijrah ke bandar besar atau luar negara.

Mengambil contoh Semporna, Khairuddin mempersoalkan jurang ekonomi yang sangat besar walaupun kedua-dua daerah mempunyai kelebihan geografi yang hampir sama. Semporna berjaya mengaktifkan ekonomi setempat melalui sektor pelancongan dan perkhidmatan yang rancak, sekaligus memberi banyak pilihan pekerjaan kepada penduduknya.

"Kenapa di Semporna ekonomi boleh hidup tetapi di Kudat anak muda kita seolah-olah dipaksa berputus asa? Kita tidak mahu Kudat terus ketinggalan. Kita mahu industri yang nyata dibangunkan di sini supaya anak-anak muda tidak perlu lagi mengemas beg untuk mencari rezeki di tempat orang," tegas beliau.

Seruan Transformasi Ekonomi

Khairuddin menyeru agar satu langkah drastik diambil oleh pihak kerajaan dan agensi berkaitan untuk membawa masuk pelaburan industri ke Kudat. Beliau menegaskan bahawa video viral tersebut harus dijadikan wake-up call terakhir bagi pihak berkuasa untuk melihat isu pengangguran di Kudat sebagai krisis daerah yang memerlukan penyelesaian segera.

“Pemimpin politik di Kudat bukan biasa-biasa. ADUN N4 Tanjung Kapor, Pembantu Menteri Kewangan.Dan sudah 3 penggal menjadi ADUN di Kudat. Pengalaman dan kedudukan beliau kini epatutnya dapat membawa transformasi ekonomi di Kudat”, ujarnya.

Link Video DI SINI

Jumpa kesilapan (terjemahan, makna atau ejaan)? Bantu kami dengan melaporkan.

Admin
Penulis

Admin

Admin Warisan Portal bertanggungjawab mengurus dan menerbitkan kenyataan media, artikel serta maklumat rasmi Parti Warisan kepada orang awam.

Artikel Berkaitan

Komen (0)

Jadilah yang pertama memberikan komen!

Sila log masuk untuk meninggalkan komen.

Log Masuk