TERKINI
Program Saringan Kesihatan Komuniti di Luyang Dapat Sambutan Menggalakkan
Kesihatan 2 min baca 596 tontonan

Program Saringan Kesihatan Komuniti di Luyang Dapat Sambutan Menggalakkan

Ringkasan

Program saringan kesihatan komuniti di Kepayan Ridge mendapat sambutan, meningkatkan kesedaran serta menyediakan pemeriksaan asas dan mengukuhkan hubungan pemimpin masyarakat.

Baca dalam:
Admin
Admin
Salin URL mengikut bahasa

KOTA KINABALU, 4 Mei 2026 – Program saringan kesihatan komuniti yang berlangsung hari ini di Central Plaza Shopping Mall, Kepayan Ridge, Luyang mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat, sekali gus mencerminkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan.

Program ini merupakan hasil kerjasama antara Pejabat ADUN Luyang dan Pejabat ADUN Api-Api, dengan sokongan pihak pengurusan pusat membeli-belah yang menyediakan ruang bagi menjayakan inisiatif tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang, Samuel Wong, dalam kenyataannya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program berkenaan.

Menurut beliau, program tersebut turut dilaksanakan dengan kerjasama beberapa rakan strategik iaitu Klinik & Surgeri Dr Mohan, Innoquest Pathology dan Alpro Pharmacy dalam usaha mendekatkan perkhidmatan kesihatan asas kepada masyarakat.

“Melalui program PEKA B40, Klinik & Surgeri Dr Mohan menyediakan ujian darah dan air kencing kepada penduduk yang layak. Alpro Pharmacy pula menawarkan pemeriksaan kesihatan asas termasuk tekanan darah, paras gula, indeks jisim badan (BMI) serta tahap oksigen dalam darah,” katanya.

Selain itu, Pejabat ADUN Luyang turut membuka kaunter perkhidmatan di lokasi program bagi menerima serta meneliti aduan dan isu yang dibangkitkan oleh penduduk setempat.

Tambah beliau, pihaknya komited untuk terus menganjurkan lebih banyak program kesihatan serta sesi perkongsian yang memberi manfaat kepada komuniti pada masa akan datang.

Program seumpama ini dilihat sebagai platform penting dalam meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan, khususnya kepada golongan yang memerlukan, di samping memperkukuh hubungan antara pemimpin dan masyarakat setempat.

Jumpa kesilapan (terjemahan, makna atau ejaan)? Bantu kami dengan melaporkan.

Admin
Penulis

Admin

Admin Warisan Portal bertanggungjawab mengurus dan menerbitkan kenyataan media, artikel serta maklumat rasmi Parti Warisan kepada orang awam.

Artikel Berkaitan

Komen (0)

Jadilah yang pertama memberikan komen!

Sila log masuk untuk meninggalkan komen.

Log Masuk