TERKINI
Tham Yun Fook: Murid SK Balaban Jaya Belajar di Khemah, Kaki Lima Masjid. Gesaan Segera Sediakan Kelas Kabin Sementara
Pendidikan 2 min baca 272 tontonan

Tham Yun Fook: Murid SK Balaban Jaya Belajar di Khemah, Kaki Lima Masjid. Gesaan Segera Sediakan Kelas Kabin Sementara

Ringkasan

Sekolah Kebangsaan Balaban Jaya di Beluran kini menghadapi isu ketiadaan bangunan kekal, dengan murid belajar di khemah dan kaki lima masjid. ADUN ...

Baca dalam:
Admin
Admin
Salin URL mengikut bahasa

Saya menerima aduan daripada ibu bapa bahawa Sekolah Kebangsaan Balaban Jaya di Beluran sedang menghadapi isu ketiadaan bangunan sekolah kekal yang lengkap dan kini ditempatkan belajar di khemah tidak berdinding dan kaki lima sebuah Masjid sahaja.

Saya dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyalurkan peruntukan sekitar RM2 juta bagi pembinaan bangunan sekolah kekal. Namun begitu, proses pembinaan termasuk urusan tender dijangka mengambil masa beberapa bulan dan mungkin setahun untuk disiapkan.

Saya meminta agar Kementerian Pendidikan Malaysia atau Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah dapat mengambil langkah segera dengan menyediakan bilik darjah jenis kabin sebagai penyelesaian sementara. Ini amat penting bagi memastikan anak-anak dapat belajar dalam suasana yang lebih selesa dan kondusif sementara menunggu bangunan kekal siap.

Saya ingin merayu kepada YB Menteri serta pegawai-pegawai kanan berkaitan agar turun padang melihat sendiri keadaan sebenar. Anak-anak murid kini terpaksa belajar di penempatan sementara di masjid,ada yang belajar di kaki lima sehingga terdedah kepada tempias hujan, manakala dalam keadaan cuaca panas sekarang ini, mereka hanya berlindung di bawah khemah. Menitis air mata saya melihat keadaan anak anak kita yang terpaksa belajar dalam keadaan sedemikian. Wahai Menteri , wahai pegawai, bayangkan jika anak anda perlu belajar dalam keadaan sedemikian, apa perasaan anda?

Keadaan ini amat menyedihkan dan tidak sepatutnya berlarutan. Sampai bila kita mahu membiarkan anak-anak kita belajar dalam keadaan sebegini? Adakah anak-anak ini perlu terus menunggu dalam keadaan serba kekurangan? Sampai bila anak anak kita di Wilayah Sabah perlu menghadapi keadaan seperti ini?

Jika hak 40% cukai bersih dapat diberikan kepada Sabah lebih awal maka keadaan seperti ini sudah pasti tidak akan berlaku.

翻译华文和英文

THAM YUN FOOK

ADUN N19 LIKAS

Jumpa kesilapan (terjemahan, makna atau ejaan)? Bantu kami dengan melaporkan.

Admin
Penulis

Admin

Admin Warisan Portal bertanggungjawab mengurus dan menerbitkan kenyataan media, artikel serta maklumat rasmi Parti Warisan kepada orang awam.

Artikel Berkaitan

Komen (0)

Jadilah yang pertama memberikan komen!

Sila log masuk untuk meninggalkan komen.

Log Masuk