TERKINI
Shafie Apdal Turun Padang Tinjau Mangsa Kebakaran di Kampung Bahagia dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS)
Bencana 3 min baca 178 tontonan

Shafie Apdal Turun Padang Tinjau Mangsa Kebakaran di Kampung Bahagia dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS)

Ringkasan

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meninjau mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, menunjukkan keprihatinan dan memberi semangat kepada penduduk terjejas kebakaran.

Baca dalam:
Admin
Admin
Salin URL mengikut bahasa

KENYATAAN AKHBAR: Shafie Apdal Turun Padang Tinjau Mangsa Kebakaran di Kampung Bahagia dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS)

SANDAKAN, 20 April 2026 - Sewal jam 8.30 pagi, Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah hadir ke lokasi kejadian kebakaran di Kampung Bahagia bagi meninjau sendiri keadaan mangsa yang terlibat serta menilai tahap kerosakan yang dialami penduduk akibat insiden tersebut.

Walaupun keadaan di kawasan kampung ketika itu masih dipenuhi asap kesan kebakaran yang berlaku, beliau tetap meneruskan lawatan sebagai tanda keprihatinan dan komitmen untuk bersama rakyat yang sedang berdepan saat sukar. Kehadiran beliau turut memberi semangat kepada penduduk setempat yang terkesan dengan tragedi berkenaan.

Turut mengiringi beliau dalam lawatan tersebut ialah barisan pemimpin Parti Warisan iaitu YB Alias Hj. Sani (ADUN N53 Sekong), YB Calvin Chong (ADUN N55 Elopura), YB Alex Wong (ADUN N54 Karamunting) YB Lisa Alban (ADUN N52 Sungai Sibuga) dan serta wakil kepada YB Alex Thien (ADUN N56 Tanjong Papat). Kehadiran pimpinan parti secara bersama mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan terhadap nasib rakyat yang ditimpa musibah.

Sepanjang lawatan itu, Datuk Seri Shafie Apdal bersama rombongan telah meninjau kawasan yang terjejas teruk, melihat sendiri rumah-rumah yang musnah dijilat api serta keadaan persekitaran yang masih belum pulih sepenuhnya. Beliau juga meluangkan masa beramah mesra dengan mangsa kebakaran, mendengar sendiri keluhan mereka serta mendapatkan maklumat berkaitan keperluan segera yang diperlukan.

Selepas lawatan ke lokasi kejadian, beliau turut pergi ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi meninjau keadaan mangsa-mangsa yang ditempatkan di sana. Dalam kunjungan tersebut, beliau berkesempatan bertemu keluarga yang terjejas, menyampaikan kata-kata semangat serta memastikan kebajikan mereka sentiasa diberi perhatian sewajarnya.

Beliau menyatakan rasa simpati dan dukacita terhadap nasib yang menimpa penduduk Kampung Bahagia serta berharap semua mangsa diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian berat ini. Menurut beliau, musibah seperti ini memerlukan perhatian segera daripada semua pihak agar bantuan dapat disalurkan tanpa kelewatan.

Pimpinan Parti Warisan turut menyeru agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, syarikat swasta serta orang ramai supaya tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa, khususnya dari segi penempatan sementara, keperluan makanan, pakaian, peralatan asas dan bantuan kewangan bagi meringankan beban mereka.

Beliau menegaskan bahawa kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan dan Parti Warisan akan terus memantau perkembangan semasa dari semasa ke semasa. Segala bentuk bantuan yang boleh diselaraskan akan diusahakan agar mangsa tidak dibiarkan berdepan kesusahan bersendirian.

Kehadiran beliau bersama pimpinan Parti Warisan ke lokasi kebakaran dan PPS bukan sahaja membawa mesej solidariti, malah menjadi bukti bahawa kepimpinan yang prihatin sentiasa turun padang bersama rakyat, khususnya ketika saat getir dan memerlukan.

TAMAT

Jumpa kesilapan (terjemahan, makna atau ejaan)? Bantu kami dengan melaporkan.

Admin
Penulis

Admin

Admin Warisan Portal bertanggungjawab mengurus dan menerbitkan kenyataan media, artikel serta maklumat rasmi Parti Warisan kepada orang awam.

Artikel Berkaitan

Komen (0)

Jadilah yang pertama memberikan komen!

Sila log masuk untuk meninggalkan komen.

Log Masuk