KENYATAAN MEDIA: WANITA PARTI WARISAN SANTUNI MANGSA KEBAKARAN KG. BAHAGIA, SANDAKAN
SANDAKAN (25 April 2026) – Kepimpinan Wanita Parti Warisan telah turun padang selama dua hari berturut-turut, bermula 24 April sehingga 25 April 2026, bagi menziarahi dan menyantuni mangsa musibah kebakaran di Kampung Bahagia.
Misi kemanusiaan ini diketuai oleh Pn. Norfaizah Chua (Ketua Wanita Warisan Negeri Sabah) , Pn. Shirley (Naib Wanita Warisan Pusat ), Pn.Hasnizah Borhan ( Ketua Penerangan Wanita Pusat), serta diiringi oleh barisan Exco Wanita Warisan Negeri Sabah.
Sepanjang dua hari tersebut, rombongan telah melawat tapak kebakaran di Kg. Bahagia serta 8 buah Pusat Penginapan Sementara (PPS) yang menempatkan keluarga yang terjejas. Selain memberikan sokongan moral, pelbagai sumbangan keperluan asas telah disampaikan bagi meringankan beban mangsa, antaranya:
- Keperluan Wanita & Dewasa: Pakaian dalam, kain sarung, dan pakaian harian.
- Keperluan Bayi & Kanak-kanak: Susu nutrisi serta lampin pakai buang (pampers).
- Keperluan Logistik: Kontena makanan dan pelbagai barangan keperluan lain.
Pn. Norfaizah Chua menyatakan bahawa kehadiran mereka adalah untuk memastikan kebajikan mangsa, terutamanya golongan wanita dan kanak-kanak, mendapat perhatian yang sewajarnya di PPS.
"Kami mendoakan agar semua mangsa kebakaran bersabar dan tabah menghadapi dugaan yang amat berat ini. Semoga Allah SWT menggantikan segala kehilangan dengan rahmat dan rezeki yang lebih baik. Kami akan terus berdiri teguh bersama masyarakat Sandakan dalam waktu sukar ini," ujar beliau.
Misi ini berakhir dengan harapan agar proses pemulihan mangsa dapat berjalan dengan lancar dan semua keluarga terlibat dapat kembali menjalani kehidupan seharian secepat mungkin.
#WanitaWarisanPrihatin#Kg. Bahagia,Sandakan.