TERKINI
THAM YUN FOOK: KENYATAAN BALAS KEPADA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BERHUBUNG ISU PENYURAIAN MURID SK BALABAN JAYA BELURAN.
Pendidikan 2 min baca 363 tontonan

THAM YUN FOOK: KENYATAAN BALAS KEPADA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BERHUBUNG ISU PENYURAIAN MURID SK BALABAN JAYA BELURAN.

Ringkasan

Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil langkah menempatkan murid SK Balaban Jaya ke SK Pekan Beluran, tetapi perancangan dan pelaksanaan masih...

Baca dalam:
Admin
Admin
Salin URL mengikut bahasa

KENYATAAN BALAS KEPADA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BERHUBUNG ISU PENYURAIAN MURID SK BALABAN JAYA BELURAN.

Saya menyambut baik kenyataan pantas Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 11 April 2026 yang mengambil langkah menempatkan murid SK Balaban Jaya Beluran ke SK Pekan Beluran, dengan kos pengangkutan murid ke SK Pekan ditanggung sepenuhnya oleh KPM.

Namun demikian, berdasarkan kenyataan tersebut, dimaklumkan bahawa beberapa sesi libat urus (SLU) bersama pihak sekolah dan ibu bapa telah diadakan. Persoalannya, adakah hasil SLU tersebut sehingga membawa kepada keadaan murid terpaksa belajar di kaki lima masjid yang terdedah kepada hujan serta di bawah khemah tanpa dinding yang terdedah kepada panas terik?

Jika benar, ini menunjukkan kegagalan serius dalam aspek perancangan, pelaksanaan dan tindakan susulan. Anak-anak berhak mendapat persekitaran pembelajaran yang selesa, selamat dan bermaruah, bukan dalam keadaan yang serba kekurangan seperti ini. Namun, saya amat yakin kehebatan pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah tidak mungkin mencadangkan perkara seperti ini sebagai hasil Sesi Libat Urus, ianya pasti ada sesuatu sehingga perkara ini berlaku sedemikian. Walau apapun, kini bukan masanya untuk mencari kesalahan, masyarakat berharap agar keputusan yang telah dibuat ini dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Selain itu, saya juga ingin membangkitkan pendekatan dasar yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bermula tahun lepas, dimana Jabatan Pendidikan Negeri tidak lagi perlu menyediakan Pelan Strategik Negeri, sebaliknya hanya berpandukan Pelan Strategik KPM dengan pelaksanaan melalui Pelan Taktikal dan Pelan Operasi di peringkat negeri dan daerah.

Pendekatan ini dilihat amat tidak relevan kerana realiti dan cabaran di setiap negeri adalah berbeza. Isu yang dihadapi di bandaraya seperti Kuala Lumpur tidak sama dengan situasi di Sabah yang jauh lebih mundur.

Justeru, setiap Jabatan Pendidikan Negeri wajar diberikan ruang untuk merangka Pelan Strategik sendiri yang lebih selari dengan keperluan dan cabaran setempat.

Apa yang berlaku dalam isu penyuraian murid di SK Balaban Jaya Beluran ini memperlihatkan kelemahan pendekatan berpusat yang tidak mengambil kira realiti di peringkat negeri dan lokaliti yang berbeza.

Pendidikan bukan sekadar dasar, ia melibatkan masa depan anak-anak kita khususnya anak-anak di Wilayah Sabah yang sudah jauh ketinggalan dari aspek prasarana dan infrastruktur.

THAM YUN FOOK

ADUN N19 LIKAS

Jumpa kesilapan (terjemahan, makna atau ejaan)? Bantu kami dengan melaporkan.

Admin
Penulis

Admin

Admin Warisan Portal bertanggungjawab mengurus dan menerbitkan kenyataan media, artikel serta maklumat rasmi Parti Warisan kepada orang awam.

Artikel Berkaitan

Komen (0)

Jadilah yang pertama memberikan komen!

Sila log masuk untuk meninggalkan komen.

Log Masuk