PENUMPANG BERDEPAN KESESAKAN SUSULAN PERUBAHAN JADUAL FERI BANGGI-KUDAT
Pengguna feri di Jeti Karakit, Pulau Banggi berdepan kesesakan luar biasa susulan perubahan jadual pelayaran yang menyebabkan ramai penumpang terkandas dan menunggu lebih lama untuk mendapatkan perkhidmatan. Berdasarkan maklumat yang dikongsikan pengguna, hanya satu perjalanan disediakan dari Banggi ke Kudat pada sebelah pagi, manakala beberapa perjalanan lain dibatalkan. Penduduk berharap jadual operasi dapat diteliti semula bagi memastikan perkhidmatan feri yang menjadi pengangkutan utama antara Pulau Banggi dan Kudat kekal lancar.