SANDAKAN, 3 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, YB Calvin Chong, mengadakan lawatan susulan ke Taman Jade Garden Lorong 4 selepas menerima aduan berterusan daripada penduduk mengenai keadaan kawasan yang semakin tidak terurus dan menimbulkan kebimbangan.
Hasil tinjauan mendapati kawasan tersebut dipenuhi semak samun dan tumbuhan liar yang tidak diselenggara sehingga menyerupai kawasan hutan. Turut dikenal pasti ialah beberapa kenderaan terbiar serta longgokan sampah yang dibiarkan tanpa tindakan, sekali gus menjejaskan kebersihan, keselamatan dan imej kawasan perumahan berkenaan.
Menurut Calvin Chong, keadaan itu bukan sahaja mencacatkan pemandangan, malah berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk, haiwan berbisa serta mengundang pelbagai risiko kepada keselamatan penduduk.
"Penduduk berhak menikmati persekitaran yang bersih, selamat dan terurus. Masalah ini tidak sepatutnya dibiarkan berlarutan sehingga kawasan perumahan kelihatan seperti terbiar tanpa penyelenggaraan," katanya.
Beliau berkata, isu tersebut telah dibawa kepada perhatian Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dan berharap tindakan segera dapat diambil bagi membersihkan kawasan, mengurus kenderaan terbiar serta menghapuskan longgokan sampah.
Menurutnya, langkah segera amat penting bagi mengembalikan persekitaran yang lebih bersih, selamat dan selesa untuk didiami oleh penduduk setempat.
Calvin Chong turut memberi jaminan akan terus memantau perkembangan isu berkenaan dan memastikan suara penduduk terus dibawa kepada pihak berkuasa sehingga tindakan sewajarnya dilaksanakan.
Beliau menegaskan komitmennya untuk memastikan setiap aduan rakyat diberikan perhatian serius demi menjaga kesejahteraan komuniti di kawasan Elopura.