Sepanggar, 30 Jun – Keprihatinan terhadap masalah yang dihadapi penduduk diterjemahkan melalui tindakan apabila Ketua Penerangan Parti Warisan merangkap Ketua Bahagian Warisan Sepanggar, Datuk Azis Jamman, menunaikan janjinya membantu menyelesaikan masalah perparitan yang menjadi punca banjir kilat di Kampung Kalansanan.
Usaha tersebut bermula apabila beliau menerima jemputan daripada wakil penduduk untuk meninjau sendiri keadaan perparitan di kampung berkenaan pada 21 Jun lalu.
Menurut penduduk, masalah perparitan yang sempit dan tersumbat telah berlarutan sejak sekian lama sehingga menyebabkan banjir kilat setiap kali hujan lebat. Keadaan itu bukan sahaja menjejaskan penduduk, malah turut memberi kesan kepada kawasan Tabika KEMAS berhampiran.
Selepas mengadakan perbincangan bersama penduduk dan meninjau lokasi yang dikenal pasti sebagai punca utama banjir, Datuk Azis berjanji membantu menyediakan jentera pengorek (excavator) bagi melaksanakan kerja-kerja membersihkan dan membesarkan parit.
Keesokan harinya, 22 Jun, jentera Hitachi excavator yang dijanjikan tiba di Kampung Kalansanan dan kerja-kerja mengorek serta membesarkan parit dimulakan.
Walaupun berdepan sedikit masalah teknikal pada peringkat awal, kerja-kerja tersebut diteruskan sehingga berjaya melancarkan aliran air di kawasan yang sering mengalami limpahan ketika hujan lebat.
Pada 30 Jun, usaha itu diteruskan dengan kerja-kerja menampal jalan di simpang masuk Kampung Kalansanan serta pemasangan culvert di laluan masuk ke rumah-rumah penduduk yang turut terjejas.
Datuk Azis berkata beliau percaya setiap masalah rakyat perlu ditangani melalui tindakan, walaupun dilakukan secara berperingkat mengikut kemampuan.
“Sedikit demi sedikit, yang penting tindakan. Semoga usaha kecil ini dapat memberi keselesaan kepada penduduk Kampung Kalansanan.”
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Kampung, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta penduduk yang bersama-sama bergotong-royong menjayakan usaha tersebut.
Dalam masa sama, beliau berharap pihak kerajaan dapat meneruskan usaha menaik taraf sistem perparitan melalui pembinaan parit konkrit bagi mengurangkan risiko banjir kilat secara lebih menyeluruh.
“Saya hanya lakukan mana yang saya termampu. Saya berharap pihak kerajaan dapat menyimen sistem perparitan ini supaya masalah banjir dapat dikurangkan. Marilah kita sama-sama bekerjasama demi rakyat. Ketepikan soal politik, yang penting masalah rakyat dapat diselesaikan.”
Penduduk yang ditemui turut menyambut baik usaha tersebut dan berharap kerja-kerja penambahbaikan yang telah dimulakan itu dapat menjadi penyelesaian jangka panjang kepada masalah banjir yang membelenggu Kampung Kalansanan sejak sekian lama.