TERKINI
Jangan Putar Belit Isu Sekolah Daif Di Sabah
Pendidikan 2 min baca 257 tontonan

Jangan Putar Belit Isu Sekolah Daif Di Sabah

Ringkasan

Satu kenyataan media membidas cubaan membezakan istilah antara “sekolah daif” dan “bangunan daif” yang disifatkan sebagai usaha mengaburkan realiti sebenar keadaan sekolah-sekolah di Sabah.

Kenyataan tersebut menegaskan bahawa rakyat lebih mementingkan tindakan konkrit untuk menyelesaikan masalah keselamatan dan kemudahan sekolah berbanding permainan istilah atau usaha mempertahankan imej pentadbiran.

Baca dalam:
Admin
Admin
Salin URL mengikut bahasa

KOTA KINABALU: Cubaan membezakan istilah antara “sekolah daif” dan “bangunan daif” dibidas sebagai usaha memutarbelitkan isu sebenar berkaitan keadaan sekolah di Sabah.

Menurut kenyataan tersebut, tindakan Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk James Ratib yang cuba membezakan kedua-dua istilah hanya menampakkan kegagalan kerajaan dalam menangani realiti sebenar masalah sekolah daif di negeri ini.

Katanya, rakyat tidak mudah terpedaya dengan permainan kata-kata kerana apa yang dilihat sendiri di lapangan ialah keadaan bangunan sekolah yang rosak, sistem pendawaian elektrik yang tidak selamat, siling runtuh, tandas uzur serta persekitaran pembelajaran yang boleh membahayakan pelajar dan guru.

Menurut kenyataan itu, apabila sesebuah sekolah mempunyai bangunan yang rosak dan tidak selamat digunakan, maka keadaan tersebut tetap merupakan isu sekolah daif yang memerlukan perhatian serius serta tindakan segera.

Tambahnya, perubahan istilah tidak akan mengubah hakikat bahawa masih ramai anak-anak Sabah terpaksa belajar dalam keadaan serba kekurangan dan berisiko.

Kenyataan tersebut turut menyifatkan sebagai mendukacitakan apabila selepas berlakunya insiden atau tragedi, masih terdapat pihak yang lebih sibuk mempertahankan imej pentadbiran serta mencari alasan untuk menafikan masalah yang telah lama membelenggu sekolah-sekolah di Sabah.

Katanya, kerajaan sepatutnya memberi fokus kepada penyelesaian konkrit termasuk mempercepatkan kerja pembaikan, menaik taraf kemudahan sekolah, memastikan pemeriksaan keselamatan dilakukan secara berkala serta menyediakan peruntukan yang mencukupi demi keselamatan dan kebajikan pelajar.

Menurut kenyataan itu, keselamatan anak-anak tidak boleh dikompromi dan nyawa serta masa depan mereka jauh lebih penting daripada usaha menutup kelemahan melalui permainan istilah.

Tegas kenyataan tersebut, rakyat mahukan tindakan dan bukannya alasan semata-mata.

Jumpa kesilapan (terjemahan, makna atau ejaan)? Bantu kami dengan melaporkan.

Admin
Penulis

Admin

Admin Warisan Portal bertanggungjawab mengurus dan menerbitkan kenyataan media, artikel serta maklumat rasmi Parti Warisan kepada orang awam.

Artikel Berkaitan

Komen (0)

Jadilah yang pertama memberikan komen!

Sila log masuk untuk meninggalkan komen.

Log Masuk