TERKINI
Wira Warisan Desak Rebat Bil Air dan Elektrik untuk Mangsa Banjir Sabah
Bencana 2 min baca 1,131 tontonan

Wira Warisan Desak Rebat Bil Air dan Elektrik untuk Mangsa Banjir Sabah

Ringkasan

Wira Warisan gesa Kerajaan Sabah laksanakan rebat bil air dan elektrik untuk mangsa banjir, demi meringankan beban kewangan mereka.

Baca dalam:
Admin
Admin
Salin URL mengikut bahasa

KENYATAAN MEDIA: 03 MAC 2026 - WIRA WARISAN GESA REBAT BIL AIR, ELEKTRIK UNTUK MANGSA BANJIR

Bencana banjir yang melanda Sipitang, Beaufort dan Tenom baru-baru ini bukan sekadar musibah alam tetapi kini menjadi beban kewangan yang menghimpit ribuan keluarga Sabah.

Rumah rosak, perabot musnah, peralatan elektrik tenggelam, kenderaan terjejas. Dalam masa yang sama, ramai kehilangan sumber pendapatan apabila premis perniagaan terpaksa ditutup dan pekerjaan terganggu.

Lebih menyayat hati, musibah ini berlaku ketika umat Islam sedang menjalani bulan Ramadan dan bersiap menghadapi Hari Raya Aidilfitri.

Adakah wajar mangsa banjir yang sedang bergelut untuk bangkit semula turut dibebankan dengan bil air dan elektrik seperti biasa?

Sehubungan itu, saya menggesa Kerajaan Negeri Sabah agar segera melaksanakan rebat khas bil air dan elektrik kepada semua mangsa banjir yang terjejas, sebagai langkah segera dan praktikal bagi meringankan beban mereka.

Langkah ini bukan sesuatu yang luar biasa kerana ia pernah dilaksanakan dengan pantas di beberapa negeri di Semenanjung apabila berlakunya banjir besar. Maka rakyat Sabah juga berhak menerima keprihatinan dan tindakan yang sama tanpa perbezaan.

Bantuan berbentuk rebat utiliti ini amat signifikan kerana ia mampu mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat ketika mereka sedang berusaha membaiki kediaman, memulihkan perniagaan dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Mohammad Norizhuan Awang, Ketua Penerangan Wira Warisan Pusat, membuat tinjauan di kawasan yang terjejas banjir sekitar kawasan Beaufort. Beliau juga bekas calon Warisan untuk N34 Lumadan pada PRU DUN Sabah Ke-17 tahun lalu.
Mohammad Norizhuan Awang, Ketua Penerangan Wira Warisan Pusat, membuat tinjauan di kawasan yang terjejas banjir sekitar kawasan Beaufort. Beliau juga bekas calon Warisan untuk N34 Lumadan pada PRU DUN Sabah Ke-17 tahun lalu.

Kerajaan perlu bertindak segera dan proaktif dengan mengambil pendekatan yang lebih prihatin serta adil demi memastikan kebajikan rakyat Sabah sentiasa terbela, khususnya dalam situasi bencana yang di luar kawalan mereka.

Keutamaan ketika ini adalah membantu rakyat untuk bangkit semula, bukan menambah beban yang sedia ada.

Mohammad Norizhuan Awang
Ketua Penerangan Wira Warisan Pusat

Jumpa kesilapan (terjemahan, makna atau ejaan)? Bantu kami dengan melaporkan.

Admin
Penulis

Admin

Admin Warisan Portal bertanggungjawab mengurus dan menerbitkan kenyataan media, artikel serta maklumat rasmi Parti Warisan kepada orang awam.

Artikel Berkaitan

Komen (0)

Jadilah yang pertama memberikan komen!

Sila log masuk untuk meninggalkan komen.

Log Masuk