KOTA KINABALU, 26 Jun – Wira Warisan Sabah menyatakan sokongan terhadap pendirian Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah (MPP UMS) yang menggesa agar penganjuran Sabah Motor Day (SMD) di dalam kampus dinilai semula demi menjaga kebajikan serta kepentingan warga universiti.
Exco Wira Warisan Pusat, Shah Shaid, berkata pandangan yang dikemukakan oleh MPP UMS tidak seharusnya dipandang ringan memandangkan mereka merupakan badan perwakilan rasmi mahasiswa yang dipilih secara demokratik.
Beliau berkata, universiti merupakan institusi pendidikan yang perlu sentiasa mengutamakan suasana pembelajaran yang kondusif, keselamatan warga kampus serta kebajikan mahasiswa.
“Mendengar suara mahasiswa bukan tanda kelemahan sesebuah institusi, tetapi bukti kematangan dalam membuat keputusan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut Shah, sekiranya benar terdapat isu-isu yang pernah dibangkitkan dalam penganjuran sebelum ini seperti pencemaran bunyi, pengurusan sampah, aspek keselamatan serta gangguan terhadap aktiviti kampus, perkara tersebut sewajarnya dinilai secara objektif sebelum keputusan meneruskan penganjuran dibuat.
Pada masa sama, beliau menjelaskan Wira Warisan Sabah tidak menolak penganjuran Sabah Motor Day kerana program itu mampu menghimpunkan komuniti permotoran, mempromosikan pelancongan domestik serta memberi limpahan ekonomi kepada usahawan tempatan.
Bagaimanapun, katanya, program berskala besar seperti itu perlu diadakan di lokasi yang lebih sesuai bagi mengelakkan gangguan terhadap fungsi utama universiti.
“Program yang baik juga memerlukan lokasi yang sesuai. Mengambil kira kebimbangan yang dibangkitkan oleh MPP UMS, kami berpandangan lokasi penganjuran Sabah Motor Day wajar dinilai semula demi menjaga kepentingan semua pihak,” katanya.
Beliau mencadangkan supaya Stadium Likas dipertimbangkan sebagai lokasi alternatif kerana mempunyai kawasan parkir yang lebih luas, akses jalan raya yang lebih baik, kawalan trafik yang lebih teratur serta kemudahan yang lebih sesuai bagi menampung kehadiran pengunjung dalam jumlah yang besar.
Shah berkata pendekatan itu bukan sahaja dapat mengurangkan gangguan terhadap operasi kampus dan aktiviti akademik, malah memudahkan pengurusan keselamatan serta lalu lintas sepanjang program berlangsung.
Beliau turut menarik perhatian bahawa negeri lain telah membuktikan acara permotoran berskala besar boleh dianjurkan dengan jayanya di lokasi yang lebih sesuai.
“Sebagai contoh, Terengganu Bike Week dianjurkan di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, iaitu sebuah lokasi terbuka yang sesuai tanpa mengganggu operasi institusi pendidikan. Pendekatan seperti ini boleh dijadikan rujukan bagi menentukan lokasi paling sesuai untuk Sabah Motor Day pada masa hadapan,” katanya.
Dalam pada itu, Shah turut menggesa pihak pengurusan UMS mengadakan sesi libat urus bersama MPP UMS, pihak penganjur dan agensi berkaitan sebelum membuat keputusan muktamad supaya setiap pandangan dapat dipertimbangkan secara telus dan inklusif.
Beliau menegaskan bahawa program yang baik tidak seharusnya menjadi punca perpecahan, sebaliknya perlu dilaksanakan di lokasi yang sesuai agar manfaatnya dapat dinikmati oleh semua pihak tanpa menjejaskan fungsi utama universiti sebagai institusi pendidikan.