MA63
Jika GRS Mahu Bawa Usul 40%, Mengapa Usul Kapayan Ditolak?
ADUN N.25 Kapayan, Chin Tek Ming mempersoalkan tindakan kerajaan GRS yang kini bercadang membawa usul berkaitan tuntutan 40% Sabah sedangkan usul yang dibawanya sebelum ini telah ditolak daripada dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Sabah.
Beliau berkata keadaan tersebut menimbulkan persoalan besar mengenai konsistensi dan keikhlasan kerajaan dalam mempertahankan hak Perlembagaan Sabah berhubung tuntutan 40% hasil bersih negeri.